Daging kambing banyak khasiatnya… nak tahu, cuba

Daging kambing banyak khasiatnya… nak tahu, cuba

Dalam keadaan daging kambing membuatkan anda sakit kepala, ia juga mempunyai khasiat tertentu yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

Sebut sahaja kambing bakar, siapa yang tidak suka?

Ia menjadi kegilaan ramai di mana-mana majlis kerana sedap dan mahal harganya jika ingin membeli di luar.

Namun ramai yang menyatakan daging kambing ini tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan membuatkan darah tinggi cepat naik sekaligus anda akan sakit kepala.

Namun dalam hal ini, kambing bakar juga sebenarnya mempunyai kebaikan tertentu untuk kesihatan badan.

1. Rendah kolestrol

Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.

2. Rendah lemak

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

3. Rendah kalori

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

4. Lemak tidak tepu

Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

5. Asid amino

Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.