6 tip untuk ibu bapa bantu anak capai cita-cita

6 tip untuk ibu bapa bantu anak capai cita-cita

Setiap ibu bapa ingin melihat kejayaan anak anak-anak dalam cita-cita mereka.

Setiap anak mempunyai cita-cita mereka sendiri apabila mereka meningkat dewasa.

Ada yang ingin menjadi saintis, doktor, juruterbang, atau apa sahaja. Jadi ia perlu dilatih daripada sekarang supaya impiannya itu tercapai.

Sebagai ibu bapa, kita perlu membantu anak-anak dengan memberi pendidikan yang sewajarnya dan selaras ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Terdapat enam tip yang boleh digunakan supaya matlamat anak anda tercapai :

1. Mulakan sekarang

Sememangnya kos pendidikan kini sangat mahal dan ia akan menakutkan anda jika ingin dibayar dalam masa yang singkat.

Namun ia memerlukan perancangan yang rapi supaya anda dapat mengumpul kewangan sementara menunggu anak anda membesar.

Lebih cepat anda menyimpan, lebih mudah untuk anda merancang masa depan untuk anak anda, contohnya jika anda mula berjimat RM500 setiap bulan, maka ia akan meningkat menjadi lebih banyak 18 tahun akan datang.

2. Kenal pasti kos yang ingin dipelajari

Anda perlu mula membuat kajian tentang bidang yang ingin dipelajari oleh anak anda.

Umumnya anda perlu ketahui nilai kos pelajaran di mana-mana negara sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun luar negara.

Catu setiap perbelanjaan anda bermula hari ini untuk kegunaan masa hadapan.

3. Perlu mempunyai perancangan yang berkesan

Dalam hal ini perancangan adalah perkara yang penting bagi mencapai matamat anda.

Dari perancangan itu anda boleh menstruktur segala kewangan supaya segala perancangan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang sekatan melibatkan kewangan.

Letakkan sasaran pada simpanan anda, bahagikan duit tersebut dengan jumlah anak yang anda ada dan berapa lama lagi mereka akan melangkah ke universiti.

Daripada situ anda akan tahu sama ada simpanan anda mencukupi ataupun tidak.

4. Dapatkan kembali duit dari pembelian anda

Manfaatkan beberapa kemudahan untuk kegunaan anda di kemudian hari, contohnya penggunaan kad kredit yang memberi pulangan 10 peratus kepada anda dalam pembelian barangan dapur, sekolah, utiliti.

Jadi anda boleh gunakan kemudahan ini keuntungan anda.

5. Buat simpanan secara konsisten

Setiap orang boleh menyimpan duit yang sedikit untuk pendidikan, tetapi ia memerlukan disiplin dalam simpanan anda.

Duit ini boleh digunakan untuk anak anda yang ingin pergi ke tusyen, sebarang kelas tambahan atau yuran tahunan ke sekolah.

6. Mendapatkan khidmat kaunseling daripada Penasihat Kewangan

Dapatkan nasihat yang sewajarnya daripada pakar supaya simpanan anda dibuat dengan lebih bijak.

Dalam hal ini, anda boleh mengukur berapa banyak keuntungan yang diperolehi daripada simpanan yang dilakukan. Dan pakar juga akan menasihati jenis simpanan yang terbaik boleh anda ambil.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.