
Kita semua tahu dan mungkin ada daripada kita sendiri yang menghidap sakit mental tapi tahukah anda sakit mental ini bukan sahaja menyerang manusia namun haiwan juga tidak terkecuali.
Termasuklah kucing dan pelbagai haiwan lain juga boleh kena sakit mental tapi mungkin sakit mental haiwan berbeza sedikit dengan manusia.
Sesetengah haiwan yang menghidap sakit mental adalah disebabkan layanan dan kawasan tempat tinggal mereka.
Contohnya haiwan yang tinggal dalam sangkar seperti haiwan di zoo mungkin lebih senang menghidap sakit mental berbanding haiwan liar dalam hutan.

Kalau anda tengok burung peliharaan anda selalu membersihkan bulu dan dalam masa yang mencabut bulu-bulunya, burung peliharaan anda mungkin menghidap sakit mental.

Ini boleh dilihat apabila kucing-kucing ini mula membersihkan diri dan mengiau dalam kadar yang kerap.
Ciri-ciri ini menunjukan kucing ini sama ada sedang bosan, cemas ataupun berada dalam kesakitan.

Anda ada bela hamster tak dekat rumah? Kalau anda perasan, hamster ini mempunyai satu sikap yang mana mereka suka kumpul makanan dalam mulut banyak-banyak ataupun dia akan kutip semua makanan dalam sangkar dan kumpulkan dekat satu bahagian.

Salah satu ciri yang kita boleh nampak bila haiwan-haiwan ini mempunyai sakit mental bila haiwan peliharaan anda susah untuk tidur.
Haiwan yang susah tidur ini biasanya disebabkan kebimbangan, kesusahan, kesakitan dan pelbagai sebab lagi.
Kalau haiwan peliharan anda selalu mengiau ataupun sering menyorok dalam kawasan yang sempit, haiwan peliharaan anda kemungkinan besar mempunyai sakit mental.
Sesetengah haiwan ini juga dikatakan turut mempunyai kecenderungan membunuh diri apabila ia mempunyai sakit mental.

Gajah-gajah ini selalu dilihat akan memijak belalainya bagi menyukarkan dia bernafas dan tidak akan bergerak bagi membuatkan dia lemas.
Disebabkan itu haiwan-haiwan ini juga perlu diberikan perhatian yang sepenuhnya!
Sumber: thelaki.com.my
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]