31 premis musnah terbakar di Sungai Lembing, suami isteri ‘hilang’

31 premis musnah terbakar di Sungai Lembing, suami isteri ‘hilang’

kemusnahan itu melibatkan 11 rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai 2 tingkat dan 1 perpustakaan.

5 jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian di Sungai Lembing untuk memadam kebakaran. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Sebanyak 31 buah premis di Sungai Lembing, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 11 rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai 2 tingkat dan sebuah perpustakaan.

“Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.20 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.55 pagi.

“Buat masa ini, pihak kami sedang membuat pemeriksaan menyeluruh kerana difahamkan terdapat sepasang suami isteri yang tidak ditemui dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Nor Hisham berkata 5 jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, terdiri daripada dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.