Anggota polis lepas tembakan di luar pusat hiburan ditahan

Anggota polis lepas tembakan di luar pusat hiburan ditahan

Ketua JSJ Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian dan suspek kini direman selama 2 hari untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai mabuk melepaskan tembakan ke udara kerana cuba meleraikan pergaduhan antara rakan wanitanya dengan beberapa individu.
KUALA LUMPUR:
Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan setelah melepaskan tembakan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini, awal hari ini.

Menurut sumber, anggota berusia 33 tahun itu yang dipercayai mabuk melepaskan tembakan ke udara kerana cuba meleraikan pergaduhan antara rakan wanitanya dengan beberapa individu kira-kira 5.25 pagi.

“Tiada kecederaan dilaporkan akibat tembakan yang dilepaskan dalam insiden itu dan anggota itu kemudian ditahan oleh pegawal keselamatan pusat hiburan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini direman selama 2 hari untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.