
Tetamu White House Correspondents’ Dinner yang berpakaian formal bersembunyi di bawah meja.
Pasukan taktikal bersenjata kemudian naik ke pentas, tempat Trump duduk semasa makan malam sebelum dia dibawa keluar.
Polis mengerumuni Hotel Hilton Washington, lokasi majlis itu berlangsung, dengan helikopter berlegar di ruang udara.
CNN dan media AS lain melaporkan Trump tidak cedera.
Menurut laporan media, seorang suspek penembak sudah ditahan pihak berkuasa, memetik maklumat Perkhidmatan Risikan, tetapi laporan itu tidak disahkan secara rasmi.
Berdasarkan laporan tidak disahkan, seorang cedera, tetapi tiada butiran punca kecederaan.
Tembakan itu berlaku selepas ucapan alu-aluan dan ketika makan malam diadakan, sebelum Trump dijadualkan berucap.
Pegawai pentadbiran Trump dilaporkan dibawa keluar terlebih dahulu dari venue dan masih tidak jelas apa yang berlaku sebenarnya.
Seorang pegawai Kabinet, Mehmet Oz dilaporkan berkata: “Tembakan dilepaskan dari tingkat atas” ketika beliau dibawa keluar dari lokasi oleh pasukan keselamatan.