
“Seorang pegawai ditembak, tetapi terselamat kerana dia memakai jaket kalis peluru sangat bagus.
“Dia ditembak dari jarak sangat dekat dengan pistol sangat kuat, dan jaket itu berfungsi dengan baik. Saya telah bercakap dengan pegawai itu dan dia dalam keadaan baik,” kata Trump dalam sidang media pada Sabtu.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau dan Wanita Pertama AS, Melania Trump dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton.
Trump berkata, suspek yang tinggal di California itu membawa pelbagai senjata dan menyifatkannya ‘sangat sakit’.
Menurut laporan media, suspek dikenali Cole Thomas Allen, 31.
Beliau berpendapat, suspek bertindak sendirian dan tidak menolak kemungkinan dirinya sasaran dalam tembakan itu.
Ditanya sama ada kejadian itu boleh dikaitkan dengan perang di Iran, Trump berkata, beliau tidak berpandangan begitu, namun tidak menolak sebarang kemungkinan.