Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

Polis giat mengesan dua suspek masih bebas untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

M Kumarasan
Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan berkata dua lelaki turut cedera dalam tembakan yang berlaku di depan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai, malam tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut ditembak di depan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai, malam tadi.

Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita 27 tahun kira-kira 11 malam Sabtu.

Beliau berkata, seorang lelaki dalam lingkungan 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi lelaki dalam lingkungan usia sama cedera terkena tembakan.

“Polis percaya seorang lagi mangsa mengalami kecederaan, namun identitinya belum dikenal pasti selepas dibawa kenalannya sejurus kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Kumarasan berkata, polis giat mengesan dua suspek masih bebas untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, Afiq Izani di talian 019-3683036 atau Pusat Kawalan Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.