Sepasukan doktor di Hospital Madhya Pradesh, di wilayah Chhattarpur, India terkejut selepas membuat pembedahan ke atas seorang wanita dan menjumpai sejumlah barang kemas di dalam perutnya.

Runi Khatun, 26 tahun pada mulanya dibawa ke hospital selepas berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya apabila muntah setiap kali menjamah makanan.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan perutnya, sepasukan pakar bedah kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan perut mangsa dalam satu prosedur yang berakhir dengan kejutan besar.
Ketika dibedah, doktor mengeluarkan 60 utas rantai, 80 bentuk anting-anting, 46 keping duit syiling, 8 loket, 11 anting-anting hidung, 4 kunci, 5 rantai kaki dan 1 jam daripada perut pesakit.

Katanya, Runi sebelum ini sering menangis setiap kali ditanya mengenai kehilangan duit syilling dari kedai abangnya.
Sementara itu, Doktor Siddharta Biswas berkata, mangsa berada dalam keadaan terlalu lemah dan kurus ketika dibawa ke hospital.
“Keadaan dia sangat kritikal dan memerlukan sekurang-sekurangnya lima botol darah.” katanya.

“Kalau pesakit dibedah awal, risiko pesakit mati adalah tinggi,” katanya lagi.
Dalam pembedahan selama sejam 15 minit, doktor berjaya mengeluarkan semua benda asing daripada perutnya dan kini keadaan Runi kembali stabil.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]