Melatih anak-anak untuk minat dengan buku bukanlah satu perkara yang mudah.

Tapi jika beri mereka permainan video atau gajet lain pula jadinya, melompat keriangan sudah pasti itu reaksi spontan yang mereka tunjukkan.
Jadi, macam mana cara yang berkesan untuk ibu bapa melatih dan mendekatkan anak dengan bahan bacaan tidak kira apa jenis bacaan pun.
Jom kita cuba 5 tips yang dikongsikan ini supaya anak-anak kita seorang minat membaca buku!
1. Bagi Anak Kita “Authority” Dulu

Di peringkat permulaan memang mereka akan baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku sudah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta
2. Jaga “State” Anak Ketika Dia Bersama Buku

Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita tidak mahu emosi dan pengalaman negatif itu dikaitkan pada buku tersebut.
3. Jangan Paksa Anak Membaca

4. Jadikan Diri Kita “Teachable”

Ianya satu perasaan yang “indah” bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang “contribute” sesuatu pada ibu bapanya juga.
5. Jadikan Diri Kita Model Terbaik

Maka tidak hairanlah jika ibu bapa jenis suka main telefon pintar setiap hari di depan anak-anak, maka kelakuan itu akan diikuti oleh mereka.
Begitu juga kalau ibu bapa terapkan suka membaca buku di depan mereka maka lama kelamaan tabiat itu akan berjangkit pula pada anak-anak anda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]