Tiada bukti baru dalam kes-kes ‘jerung’, kata SPRM Sarawak

Tiada bukti baru dalam kes-kes ‘jerung’, kata SPRM Sarawak

Ketua pengarah berkata tiada gunanya menyiast semula dakwaan-dakwaan itu tanpa bukti-bukti baru.

Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor (kiri) dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Talib Zulpilip pada sidang media di Kuching hari ini.
KUCHING:
Tiada bukti baru untuk membuka semula kes-kes profil tinggi berkenaan dakwaan alaman rasuah di Sarawak, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Razim Mohd Noor.

Beliau berkata tiada gunanya menyiasat semula dakwaan-dakwaan itu tanpa bukti-bukti baru.

Razim berkata beberapa kes itu sudah lama disiasat SPRM.

“Kami sudah menyerahkan laporan-laporannya kepada Putrajaya dan terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita.

Pada Rabu, Razim berkata ibu pejabat SPRM sedang menyiasat beberapa “jerung” atas dakwaan rasuah.

Susulan itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam kenyataannya berkata Pakatan Harapan Sarawak menyambut baik langkah menyiasat “individu-individu berprofil tinggi”.

Chong berkata dia ada menyerahkan beberapa dokumen berkaitan dakwaan amalan rasuah melibatkan kerajaan negeri kepada SPRM awal tahun ini.

Razim berkata buat masa ini ibu pejabat SPRM yang menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan beramai ramai “jerung” yang sedang disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.