Mariana Trench laut paling dalam di dunia

Mariana Trench laut paling dalam di dunia

Gunung Everest yang setinggi 8,848m boleh tenggelam kalau berada di Mariana Trench iaitu sedalam 10,927m.

Kalau anda kaki dive, mesti sudah kenal sangat dengan Mariana Trench.

Tapi kalau ada yang baru pertama kali dengar, Mariana Trench, terletak di lautan Pasifik dan dekat dengan negara Filipina, merupakan kawasan laut paling dalam di dunia.

Setakat ini, rekod kedalaman Mariana Trench yang berjaya dicatat ialah sejauh 10,927m.

Sudah banyak kajian yang dilakukan untuk menentukan kedalaman Mariana Trench ni sebenarnya.

Kali pertama kajian dilakukan pada tahun 1875 oleh kapal British, H.M.S Challenger dan berjaya merekodkan kedalaman sejauh 8,184m menggunakan teknik ukuran melalui bunyi.

Setakat ini, hanya 3 kali sahaja manusia pernah berjaya masuk ke dalam Mariana Trench.

Kali pertama pada tahun 1960 oleh seorang tentera laut Amerika Syarikat, Don Walsh dan seorang jurutera, Jacques Piccard menggunakan kapal selam yang direka khas.

Mereka berjaya mencatat kedalaman sejauh 10,916m.

Kali kedua pada tahun 2012 oleh pengarah popular, James Cameron menggunakan kapal selam berwarna hijau yang direka khas dan berjaya mencatat kedalaman sejauh 10,908m.

Yang terbaru, Victor Vescovo, seorang ahli perniagaan dan peneroka dasar laut, berjaya memecahkan rekod catatan kedalaman Mariana Trench sejauh 10,927m, juga menggunakan kapal selam yang direka khas.

Disebabkan kedalaman laut yang melampau, kawasan dasar laut Mariana Trench yang juga dikenali sebagai Challenger Deep, merupakan kawasan yang paling gelap dan sejuk.

Sebagai contoh, hendak bagi anda bayangkan betapa dalamnya Mariana Trench ini, Gunung Everest yang setinggi 8,848m pun boleh tenggelam kalau berada di Challenger Deep.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.