3 maut selepas bangunan dalam pembinaan runtuh di Kemboja

3 maut selepas bangunan dalam pembinaan runtuh di Kemboja

Gabenor Wilayah Preah Sihanouk berkata, 19 lagi pekerja berjaya diselamatkan, manakala berpuluh lagi terperangkap di bawah runtuhan.

Gabenor Wilayah Preah Sihanouk berkata, 40 hingga 50 pekerja sedang tidur di tapak pembinaan bangunan 7 tingkat ketika runtuhan berlaku kira-kira 5 pagi Sabtu. (Gambar AFP)
PHNOM PENH:
Sebuah bangunan 7 tingkat yang sedang dibina di wilayah barat daya Preah Sihanouk runtuh awal pagi ini menyebabkan sekurang-kurangnya 3 maut, manakala berpuluh-puluh lagi terperangkap, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Gaboner wilayah itu, Yun Min.

“Setakat ini, 3 orang ditemui mati, manakala 19 lagi berjaya diselamatkan,” katanya kepada sambil menambah semua mangsa ialah rakyat Kemboja.

Beliau berkata, antara 40 hingga 50 pekerja sedang tidur di tapak pembinaan ketika bangunan itu runtuh dan 2 jengkaut digunakan untuk membuang runtuhan dalam usaha mencari mangsa terperangkap.

Insiden berlaku kira-kira 5 pagi waktu tempatan di Sihanoukville, menurut polis dalam kenyataan di laman sesawangnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.