Bulan Ramadan adalah antara bulan yang dinantikan umat Islam.

Bukan sahaja kerana kemeriahan untuk berpuasa, bersolat tarawih tetapi tidak dapat dinafikan, kemeriahan membeli juadah di bazar juga adalah antara yang ditunggu.
Pelbagai jenis makanan yang mungkin sukar diperolehi pada bulan-bulan lain, akan dijual di bazar.
Namun, tahukah anda, dalam keghairahan membeli makanan untuk berbuka, terdapat beberapa jenis makanan yang harus dielakkan?
Jenis makanan yang harus dielakkan ketika berbuka
1. Makanan bergoreng

Ini berlaku kerana kesukaran sistem pencernaan untuk menghadam makanan bergoreng tersebut.
Memandangkan makanan bergoreng akan dimasak dalam minyak yang bersuhu tinggi, ia mungkin mengandungi lemak trans – terbentuk apabila lemak tak tepu menjalani proses yang dipanggil penghidrogenan – sekali gus menjejaskan diet dan kesihatan kita yang meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit hati, kanser, diabetes dan obesiti.
2. Kandungan gula tinggi

Selain itu, ia akan mengakibatkan anda cepat kenyang. Makanan atau minuman dengan kandungan gula yang tinggi kerap kali menjadi makanan yang tidak berkhasiat dan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan dan diabetes.
3. Makanan pedas

Mengambil makanan pedas ketika bersahur boleh menyebabkan anda akan merasa lebih dahaga sepanjang hari berpuasa.
Memakan makanan pedas sewaktu berbuka ketika perut kosong boleh menyebabkan perut jadi tidak selesa atau cirit-birit.
4. Buah-buahan

Ini kerana fruktosa sukar untuk dimetabolismekan dan ia akan mengalir ke dalam usus anda yang boleh mengakibatkan kerengsaan pada lapisan usus anda.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]