

Hari Ibu diraikan saban tahun dan ia sesuatu yang pasti dinantikan bagi mereka yang mahu meraikan ibu mereka, apatah lagi buat ibu yang ternantikan kejutan daripada anak sendiri.
Ia sebagai tanda menghargai segala usaha, penat lelah dalam membesarkan anak-anak dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui.
Bagi anak yang berhasrat untuk membawa ibu tersayang ke lokasi menarik untuk meraikan Hari Ibu, anda boleh mencubanya di Hugo’s KL.
Hugo KL mengajak anda dan keluarga meraikan Hari Ibu dengan pelbagai sajian yang enak lagi lazat.
Malah hidangan yang disediakan oleh Hugo’s KL juga mengekalkan tradisi hidangan yang pastinya mencapai tahap memuaskan bagi seorang yang bergelar ibu.
Bermula 10 Mei ini sehingga 12 Mei 2019, menu yang disediakan adalah untuk 4 hingga 6 orang secara “hidang”.
Harga bagi 4 orang hidangan ialah RM66 setiap meja, manakala bagi 6 orang pula ialah RM88 untuk setiap meja.


Menu tersebut termasuklah :
· Sup Brokoli
· Nasi putih
· Ayam grill dengan sos cendawan
· Ikan merah goreng butter
· Sayur campur
· Kambing ‘Rogan Josh’
· Dessert termasuk kek kecil
· Teh ais limau
· Teh dan Kopi
Menurut Pengurus F&B restoran tersebut, Shukri Jeffri menu yang dihidangkan adalah menarik dan berbaloi dengan harga yang ditetapkan.
“Sajian menu yang disediakan adalah lazat dan Chef kita di sini iaitu Chef Bahar telah menyediakan pelbagai menu yang sesuai untuk golongan muda dan tua.
“Pastinya si ibu akan suka akan makan tengahari bersama keluarga mereka,” ujarnya.
Tempahan: 03-2386 9288 samb. 9218
Hugo’s KL Restaurant and Bar
1 Lorong Ceylon
Bukit Ceylon
Kuala Lumpur
(Level G, Ramada Suites by Wyndham KLCC)
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]