Kerabat Diraja Britain sambut Hari Ibu

Kerabat Diraja Britain sambut Hari Ibu

Anak Putera William dan Kate Middleton turut menghasilkan kad Hari Ibu untuk memperingati nenek mereka, Puteri Diana.

Kad Hari Ibu yang dihasilkan George, Charlotte dan Louis bagi memperingati Diana, untuk ayahanda mereka William. (Gambar Instagram)

Tarikh 14 Mac adalah sambutan Hari Ibu di United Kingdom dan kerabat diraja Britain juga turut memuatnaik beberapa hantaran bermakna di akaun Instagram.

Putera William dan isterinya, Kate Middleton berkongsi gambar tiga anak mereka, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis membuat kad Hari Ibu untuk nenek mereka, Puteri Diana, lapor Yahoo News.

Manakala Ratu Elizabeth II juga berkongsi gambar lama yang diambil bersama bondanya, the Queen Mother.

Pada gambar itu ditulis “Kepada semua ibu di luar sana, kami mengucapkan Selamat Hari Ibu. #MotherringSunday.”

Gambar terbabit diambil pada April 1940 di Royal Lodge di Windsor Great Park.

Akaun rasmi Instagram Kensington Palace turut berkongsi beberapa gambar kad Hari Ibu yang dihasilkan oleh kanak-kanak Cambridge untuk Puteri Diana.

“Sambutan Hari Ibu kali ini berbeza lagi pada kali ini. Ramai di antara kita terpisah dengan orang tersayang namun berharap ia tidak terlalu lama untuk kembali memberi pelukan kepada ibu kita lagi.

“Bagi mereka yang kehilangan seseorang, ia pasti mencabar. Setiap tahun pada Hari Ibu, George, Charlotte dan Louis akan membuat kad memperingati nenek mereka, Diana, untuk William. Tidak kira apa jua keadaan, kami mengingati kamu pada Hari Ibu ini,” tulis mereka di gambar itu.

George menulis pada kad untuk neneknya dengan tulisan ‘Kepada nenek Diana, Papa merindui kamu”.

William yang kini berusia 38 tahun, masih berusia 15 tahun ketika ibunya, 36, terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.