
Beliau sebaliknya meminta semua pihak fokus isu utama yang beliau ingin sampaikan.
“Ya Allah, beri saya kesabaran. Sedih melihat orang dewasa hanya menggunakan kenyataan saya untuk kepentingan mereka.
“Gaduh, gaduh, gaduh. Konservatif yang bodoh. Boleh anda berhenti dan dengarkan kami pelajar ini. Fokus isu utama,” katanya di Twitter.
Sebelum ini, pelajar berusia 17 tahun itu membuat laporan polis terhadap rakan sekelasnya yang membuat ugutan rogol selepas beliau mendedahkan perbuatan seorang guru membuat gurauan mengenai perkara itu.
Laporan polis itu bagaimanapun ditarik balik selepas remaja lelaki berkenaan memohon maaf.
Namun, selepas bercakap dengan Malaysiakini pada 27 April lalu, beberapa komen lucah dikesan dalam laman Facebook portal itu mengenai hantaran temubual pelajar berkenaan, sekali gus mencetuskan kegemparan warganet.
Ibu sokong
Sementara itu, ibu remaja berkenaan, Niza Sharifudin, menyuarakan sokongan dan kepercayaan penuh terhadap usaha anaknya untuk menjadikan sekolah lebih selamat bagi pelajar.
Beliau yang hadir bersama Ain dalam forum sempena Hari Ibu anjuran Khadijah Learning Centre, mengakui dirinya tidak seberani anak atau suaminya Saiful Nizam Ab Wahab yang begitu lantang bersuara mengenai isu itu.
Malah, beliau mengaku seringkali bimbangkan keselamatan Ain terutama selepas remaja itu mendapat ugutan rogol daripada rakan sekelasnya.
“Namun apa yang salah tetap salah. Saya percaya dan sokongnya,” katanya.
Beliau menegaskan apa dihadapi Ain kini perlu difahami masyarakat kerana memang berlaku di sekolah.
Katanya, sekolah mesti kekal tempat selamat bagi kanak-kanak kerana ibu bapa memberi kepercayaan untuk meninggalkan anak mereka di situ.