
“Ia berdasarkan pendapatnya sendiri selepas mengambil kira pendapat pakar,” kata Hakim Nordin Hassan.
“Kandungan buku itu mungkin akan memudaratkan ketenteraman dan kepentingan awam dan mungkin akan menggemparkan pemikiran orang ramai.”
Beliau berkata pihak berkuasa juga yakin buku-buku berkenaan tidak selaras dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah dan juga boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam.
IRF dalam penghujahannya menyeru pengharamkan itu dibatalkan atas alasan menteri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi bertindak di luar kuasanya.
Badan itu juga berkata perkara berkaitan Islam tidak patut diletakkan bawah kerajaan persekutuan, dan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal selia isu berkaitan agama.

Tiga buku berkenaan adalah “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan”, iaitu terjemahan buku tulisan ahli akademi Turki, Mustafa Akyol, dan 2 buku daripada siri yang disunting Pengarah IRF, Dr Farouk Musa.
Tiga buku itu diterbitkan pada 2012, 2014 dan 2016.
IRF mohon mahkamah mengisytiharkan pengharaman itu melanggar Perlembagaan Persekutuan, dan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak berperlembagaan.
“Tidak berani”
Farouk dalam satu kenyataan segera berkata dia bimbang keputusan mahkamah hari ini hanya akan mengalakkan pihak berkuasa mengawal buku mengenai perkara-perkara berkaitan Islam.
“Nampaknya menteri dalam negeri mempunyai budi bicara mutlak dalam mengharamkan buku yang tidak mengikut versi pihak berkuasa agama seperti Jakim,” katanya kepada FMT selepas mahkamah membuang kes mereka.
IRF sebelum ini berhujah buku-buku itu tidak mengganggu atau menunjukkan tanda-tanda ia mengancam ketenteraman awam, alasan yang diberikan oleh menteri dalam pengharaman itu.
Farouk berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak keberanian moral untuk membetulkan kesalahan pentadbiran lepas terutama dalam perkara berkaitan Islam.
“Ia sepatutnya menerima kepelbagian pandangan dalam kalangan orang Islam dan meninggalkan pemahaman rejim sebelum ini bahawa setiap pendapat tentang Islam mesti disahkan Jakim,” katanya, merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
“Malangnya, mereka tiada keberanian moral untuk berbuat demikian. Bagi saya, semua ini pada dasarnya mengenai kebebasan bersuara seperti yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan kita,” katanya.