PM Mali letak jawatan selepas undi tidak percaya

PM Mali letak jawatan selepas undi tidak percaya

Presiden negara itu menerima peletakan jawatan perdana menteri dan anggota kerajaan.

BAMAKO: Perdana Menteri Mali Soumeylou Boubeye Maiga dan anggota kerajaannya menyerahkan surat peletakan jawatan semalam susulan usul tidak percaya akibat keganasan yang berlaku di sebuah kampung di negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden.

“Presiden menerima peletakan jawatan perdana menteri dan anggota kerajaannya,” menurut kenyataan pejabat Presiden Ibrahim Boubacar Keita tanpa memberikan sebarang alasan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.