Armando, burung merpati istimewa ini telah mencatat rekodnya tersendiri apabila dijual pada harga tertinggi, lebih £1 juta (RM5.4 juta).

Pemiliknya Joel Verschoot telah menjual Armando menerusi acara lelongan selepas melalui proses bidaan selama dua minggu.
Pengendali acara lelongan di Britain itu, Pipa mengesahkan ia dijual pada harga £1.07 juta.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pipa, Nikolaas Gyselbrecht memberitahu BBC, burung merpati itu mencatat rekod yang sukar dicapai unggas lain.
“Jika dalam arena bola sepak ia umpama Messi dan Ronaldo, itulah tahapnya,” katanya.
Harga jualan Armando meletakkannya sebagai burung paling berharga dijual secara lelongan dalam talian.
Sebelum ini, rekod yang dicatat pada November lalu iaitu pada kadar £322,000 (RM1.7 juta).

Dua pembina dari China antara yang berjaya meletakkan harga pada peringkat teringgi dalam tempoh dua minggu itu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]