
Banyak cabaran yang terpaksa ditempuh oleh seorang wanita yang bergelar ibu.
Dari menyediakan pakaian, kelengkapan sekolah sehinggalah kepada makanan yang berkhasiat dan berbeza.
Ada masa seorang ibu boleh ketandusan idea untuk mempelbagaikan menu bekalan untuk anak-anak ke sekolah.
Tambahan pula kepada mereka yang mempunyai anak sedang membesar, pasti mereka mudah rasa jemu jika dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari.
Resepi roti pizza daripada cetusan idea pengguna Facebook, Suberiah Kadirun amat menarik untuk dicuba.
Tanpa menguli tepung apa yang diperlukan hanyalah menggunakan kepingan roti sahaja.
Bahan-bahan yang digunakan:
- Sosej dan crab stick itu dibasuh pastu celur sekejap. Lepas itu potonglah ikut suka hati korang.
- Bawang holland dihiris -hiris. Tak nak letak pun boleh jer.
- Nenas kiub dalam tin.
- Sos Spaghetti. Pilihan Kak Su Kimball perasa cendawan.
- Herba mix yang ini kak Su suka letak. Pizza itu rasa sedap. Tapi kalau tak ada okay aje.
- Mayonis
- Thousand Island
- Kepingan keju

Cara penyediaannya.
1. Susun Roti dalam dulang. Lepas itu, terus sapu sos Spaghetti.
2. Kemudian, campak-campak jer sosej, crab stick, nenas dan bawang holland.
3. Lepas itu, korang taburkan herba mix itu letak mayonis dan sos Thousand Island.
4. Last sekali, letak sekeping-sekeping keju. Jika hendak lebih sedap boleh juga letak mozarela cheese tabur kat atas, lagi best.
5. Bakar pada suhu 185 selama 15 minit.





Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]