
Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan sepina bagi kehadiran saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu tidak dapat disempurnakan selain pegawai penyiasat juga gagal memastikan kehadiran saksi.
Sehubungan itu, Firdaus membuat keputusan supaya Jamal yang diwakili peguam Khairul Anuar dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu pada hari pertama perbicaraan kes berkenaan.
Pada 5 Julai tahun lepas, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama Aenol Rofik Mawardi, 21, dan seorang lagi yang masih bebas, menceroboh kedai Starcom Trading and Services, Jalan Kosas 13, Taman Kosas, 3.30 petang, 29 Disember 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.