
“Kitaran pembayaran pertama telah sampai kepada lebih 97,000 tenaga pengajar profesional yang dimaksudkan,” menurut kenyataan itu.
Lebih 2 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Yaman kerana infrastruktur sekolah rosak teruk selain kekurangan bahan pembelajaran, kata Geert Cappelaere, pengarah serantau Unicef bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, dalam kenyataan itu.
“Sebuah daripada 5 sekolah di Yaman tidak lagi boleh digunakan kerana rosak teruk atau sedang digunakan dalam pertempuran, atau digunakan bagi melindungi keluarga yang kehilangan tempat tinggal,” kata beliau.
Unicef akan menawarkan gaji bulanan bersamaan AS$50 kepada guru dan kakitangan sekolah yang layak, kata Cappelaere.
Skim itu meliputi kakitangan di 10,300 sekolah dan akan memanfaatkan sejumlah 3.7 juta kanak-kanak, kata pegawai Unicef itu.