
Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol, berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang, Khamis, dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji, sejak dua bulan lalu.
“Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan,” katanya menurut Bernama.
Ramsay berkata, majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
Mereka mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah, Md Anuar bin Md Amilah@Harun, menerusi talian 019-2255597 untuk membantu siasatan.