OCD mungkin satu gangguan…Ini cara untuk kendalikannya

OCD mungkin satu gangguan…Ini cara untuk kendalikannya

Mungkin tanpa disedari ada yang mengalami OCD namun tak perlu takut kerana ia boleh diatasi dengan langkah bersesuaian

Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD), sejenis gangguan kegelisahan yang bercirikan rasa obsesi atau pemikiran yang mengganggu dan paksaan – cara yang membantu mengendalikan OCD.

Rawatan untuk OCD biasanya ubatan, psikoterapi atau keduanya.

Terdapat beberapa kaedah untuk membantu diri yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk membantu mengatasi OCD.

Berikut adalah beberapa petua berguna:

Kenali OCD
Mengakui bahawa OCD adalah sejenis gangguan kegelisahan merupakan langkah pertama untuk memahami cara mengatasinya.

Kajian menunjukkan lebih 2% populasi individu dewasa yang menderita OCD pada satu tahap kehidupan mereka. Simptom biasanya muncul pada sekitar usia 19 tahun, menjejaskan kehidupan seharian dalam pelbagai cara.

Memahami kegelisahan
Fikirkan situasi yang menyebabkan anda gelisah. Kebiasaannya, anda mengetahui apa yang anda takutkan adalah sesuatu yang realistik tetapi rasa tidak berdaya untuk menghentikannya apabila munculnya gangguan kegelisahan.

Catatkan pemikiran yang mencemaskan dan hadapinya satu per satu, tidak kira sama ada ia realistik atau tidak, mungkin dapat membantu.

Pastikan anda turut mencatatkan apa yang berlaku sebelum wujudnya pemikiran cemas itu supaya anda dapat mengenal pasti pencetus rasa kegelisahan.

Cabar rasa ketakutan anda
Fikirkan tentang ketakutan yang anda hadapi dan tanya diri anda sama ada ia sesuatu yang realistik atau anda celaru tentang fakta dan pemikiran.

Tambahan lagi, anda patut mempertimbangkan sama ada pemikiran anda tepat, apakah kesan negatif terhadap permikiran sebegini.

Dengan mencabar rasa takut anda, anda membuka diri anda untuk mendapatkan strategi pemikiran baru.

Terima OCD mengganggu kehidupan anda
Menerima sentiasa merupakan langkah pertama untuk mengatasi kegelisahan anda.


Simpan jurnal
Catatkan segala pemikiran yang tidak anda ingin dan mengganggu diri yang membuatkan anda cemas dan perhatikan ritual atau paksaan yang anda lakukan untuk melawan pemikiran ini.

Perlahan-lahan, kurangkan tingkah laku kompulsif
Sebagai contoh, jika sebelum ini anda perlu memeriksa sama ada mesin basuh sudah dimatikan sebanyak 10 kali, cuba untuk jadikan ia kepada 8 kali, kemudian, kurangkan kepada 6, 4, 2 kali sehingga anda dapat dengan hanya memeriksa sekali sahaja.

Jika anda masih bergelut dengan OCD, berbincang dengan pakar perubatan tentang rawatan lain dan dapatkan temu janji dengan pakar psikologi untuk mendapatkan strategi bantuan untuk anda menghadapu situasi unik anda.

Lengahkan ritual anda
Jika anda perlu melakukan ritual dengan segera, sebagai contih, jika anda tersentuh sesuatu, anda harus membasuh tangan dengan segera; cuba untuk melengahkannya kepada 1 minit, 3 minit, 5 minit dan seterusnya.

Cuba untuk terus melengahkannya antara insiden dan ritual sehingga anda selesa untuk tidak melakukan paksaan.

Individu yang mengalami fikiran yang obsesif dan tingkah laku kompulsif mungkin merasa tidak selesa dengan kehidupan seharian mereka.

Tidak kira apa yang anda lakukan, anda sukar menghindarinya.

Tetapi pelbagai rawatan dan bantuan sentiasa tersedia. Dengan rawatan dan strategi bantuan diri, anda mungkin dapat bebas dari simptom OCD dan mengawal kembali kehidupan anda.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.