Lagu Despacito ungguli carta YouTube raih 6 bilion tontonan

Lagu Despacito ungguli carta YouTube raih 6 bilion tontonan

Despacito terus menjadi trending di youtube dan pilihan no 1 dunia.

Despacito antara lagu hit pada tahun 2017, bukan sahaja menjadi siulan di Malaysia malah menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja diminati oleh remaja malah kanak-kanak juga tidak terlepas menghafal lirik tersebut sambil meniru gaya tarian dalam YouTube.

Ketika ini lagu nyanyian Luis Fonsi menjadi lagu paling popular di saluran YouTube sehingga mencatat jumlah tontonan lebih daripada enam bilion.

Malah, lagu Despacito juga turut mendapat 32 juta tanda ‘like’ di YouTube.

Despacito yang membawa maksud perlahan dalam bahasa Melayu itu juga mencatat tontonan lebih dua bilion daripada pencabar terdekatnya iaitu lagu Shape Of You nyanyian Ed Sheeran.

Penyanyi dari Korea Utara, Psy yang pernah melakar sejarah sebagai penyanyi pertama berjaya mendapat tontonan lebih dua billion menerusi lagu Gangnam Style pada tahun 2012 kini menduduki tangga kelima dalam carta Youtube dengan 3.3 bilion tontonan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.