
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith menegaskan partinya tidak mengarahkan ahli membuat laporan polis tersebut.
“Saya percaya laporan polis itu dibuat atas kapasiti keselamatan. Kita tidak mahu pulau yang selama ini aman, berlakunya perkara yang tidak baik serta tidak diingini sebab kita melihat banyaknya agenda bersifat provokasi seperti penyebaran berita-berita tidak benar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa hadir program ramah mesra bersama agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di RTM Langkawi hari ini.
Eddin, yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia, berkata polis perlu menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut dijadualkan hari ini mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.