
Kejadian terbaru itu berlaku di Kuala Lumpur, di mana pasangan yang baru berkahwin itu cuba mencari rumah sewa.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kevin memberitahu FMT, mereka menyenarai pendek rumah yang dilengkapi perabut di Taman OUG berhampiran Jalan Klang Lama dengan sewa kira-kira RM2,000 sebulan.
Selepas bercakap dengan ejen, mereka membuat temu janji untuk melihat rumah tersebut.
Tetapi Kevin dan isterinya terkejut pada malam sebelum mereka sepatutnya melihat rumah tersebut, apabila dia menerima teks mesej daripada ejen yang disertakan dengan gambar mereka.
“Ejen itu bertanya sama ada ia adalah kami di dalam gambar,” katanya kepada FMT.
Selepas Kevin mengakuinya, agen itu memberitahu tuan rumah membatalkan temu janji itu kerana “kami kelihatan seperti orang India dan Melayu”.
Dia kemudiannya mendapat tahu melalui ejen bahawa tuan rumah tidak mahu mana-mana orang India atau orang Melayu sebagai penyewa.
“Saya faham mereka mungkin mempunyai pengalaman buruk dengan penyewa tertentu pada masa lalu, tetapi untuk mendiskriminasi berdasarkan bangsa tidak boleh diterima,” katanya.
Nasib Kevin serupa dengan Divyang Hong, yang merupakan keturunan Cina dan India.
Walaupun fasih berbahasa Mandarin, Hong ditolak sekurang-kurangnya 10 tuan rumah dalam pencarian bilik sewa di Pulau Pinang, kerana mereka hanya mahukan penyewa Cina.
“Saya tidak benar-benar Chindian yang menyerupai Cina, tetapi saya fikir kerana ayah dan datuk saya Cina, saya layak secara teknikal,” kata Hong kepada FMT bulan lepas.
Kevin berkata adalah “tidak masuk akal” apabila ada individu yang masih mempraktikkan diskriminasi kaum.
“Jika tuan rumah mahu memilih calon penyewa untuk mengenali keperibadian mereka, atau minta slip gaji mereka, itu tak jadi masalah, tetapi memilih orang berdasarkan bangsa mereka adalah satu tamparan hebat,” katanya kepada FMT.