Ucapan dasar Dr M, perbahasan sayap jadi tumpuan perhimpunan PPBM hari kedua

Ucapan dasar Dr M, perbahasan sayap jadi tumpuan perhimpunan PPBM hari kedua

Sesi perbahasan perwakilan dibuat secara tertutup.

PUTRAJAYA: Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang masuk hari kedua hari ini dimuatkan dengan sesi perbahasan perwakilan Pemuda dan Wanita pada perhimpunan tahunan kedua-dua sayap parti gabungan Pakatan Harapan itu.

Perasmian serentak perhimpunan sayap berkenaan disempurnakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi dengan kehadiran ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ketua Wanita, Datuk Seri Rina Harun.

Atur cara hari ini dimulakan dengan penyampaian ucapan dasar pada perhimpunan masing-masing oleh Syed Saddiq dan Rina pada sebelah pagi sebelum kedua-duanya menyampaikan ucapan penggulungan pada sebelah petang.

Sesi perbahasan perwakilan dibuat secara tertutup.

Selesai perhimpunan tahunan Pemuda dan Wanita, tumpuan beralih pada sebelah malam kepada Dewan Plenary PICC.

Di hadapan sekitar 1,550 perwakilan, Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucapan dasarnya pada PAT kali kedua parti berkenaan.

Ini merupakan PAT pertama PPBM selepas penubuhan kerajaan Pakatan Harapan susulan kemenangan pada pilihan raya umum ke-14, Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.