Mongolia Dalam susun kamus selamatkan bahasa etnik terancam

Mongolia Dalam susun kamus selamatkan bahasa etnik terancam

Kamus yang menghimpunkan teks dan fail berkaitan sejarah, kebudayaan, agama dan ekonomi etnik minoriti Daur telah diterbitkan.

Tiga minoriti etnik Oroqen, Daur dan Ewenki tidak mempunyai bahasa bertulis sendiri, dan banyak rekod berkenaan mereka ditulis dalam bahasa Manchu dan Mongol. (Gambar Facebook)
HOHHOT:
Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China akan menerbitkan kamus visual bagi menyelamatkan 3 bahasa etnik yang terancam, menurut jawatankuasa hal-ehwal etnik wilayah itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan kamus tersebut menghimpunkan teks dan fail berkaitan sejarah, kebudayaan, agama dan ekonomi etnik minoriti Daur telah diterbitkan, sementara 2 kamus berkaitan etnik Oroqen dan Ewenki sedang disusun untuk diterbitkan.

Kamus terbabit menggunakan gambar berwarna-warni, kartun dan ilustrasi bagi menjelaskan perkataan dan frasa bahasa terbabit dengan perihalan dan sebutan dialek dalam bahasa Mandarin bagi setiap entri.

Kelas bahasa juga dianjurkan dalam komuniti 3 kumpulan etnik tersebut bagi menggalakkan generasi muda, terutama pelajar di sekolah rendah dan menengah rendah mempelajari bahasa dan kebudayaan etnik masing-masing.

Tiga minoriti etnik kecil Oroqen, Daur dan Ewenki tidak mempunyai bahasa bertulis sendiri, dan banyak rekod berkenaan mereka ditulis dalam bahasa Manchu dan Mongol.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.