Jia Rong sumbang emas ke-4 Kejohanan Wushu Dunia

Jia Rong sumbang emas ke-4 Kejohanan Wushu Dunia

Walaupun berkongsi mata dengan atlet Hong Kong, Lee Jia Rong berada di kedudukan pertama selepas menampilkan darjah kesukaran lebih tinggi banding lawan.

Lee Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di kejohanan dunia. (Gambar Wushu Federation of Malaysia)
KUALA LUMPUR:
Atlet wushu negara Lee Jia Rong menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 berlangsung di Brasilia, Brazil, pada Sabtu.

Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu, berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di kejohanan dunia.

Meskipun berkongsi mata yang sama dengan atlet Hong Kong Michelle Yeun, Jia Rong berada di kedudukan pertama selepas menampilkan darjah kesukaran yang lebih tinggi berbanding lawannya.

Gangsa acara itu dimenangi atlet Jepun Kana Ikeuchi yang meraih 9.723 mata.

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Jia Rong di kejohanan itu selepas meraih gangsa dalam acara gunshu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.