NGO: Negara pernah sengketa kaum juga amal pilihan raya tempatan

NGO: Negara pernah sengketa kaum juga amal pilihan raya tempatan

Kuasa berkata kengganan berterusan kerajaan mengadakan pilihan raya tempatan 'bukti kepimpinan nasional yang lemah'.

Pimpinan kerajaan menentang usaha mengembalikan pilihan raya tempatan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pilihan raya tempatan akan mengukuhkan demokrasi di Malaysia, kata satu kumpulan madani, selepas ahli politik memberi amaran pilihan raya tempatan boleh membawa kepada sengketa kaum kerana demografi kawasan bandar.

NGO tersebut, Kuasa, berkata keengganan berterusan kerajaan mengadakan pilihan raya tempatan “bukti kepimpinan nasional yang lemah”.

Ketuanya, Praba Ganesan berkata negara-negara yang pernah dilanda konflik etnik juga kini mengamalkan pilihan raya tempatan.

“Bosnia mengadakan 6 pilihan raya tempatan sejak perang tamat susulan Perjanjian Damai Dayton pada 1995. Pilihan raya pertama diadakan 2 tahun pada 1997. Ia melibatkan 142 kerajaan tempatan dan kali terakhir pada 2016, melibatkan hampir 3,000 calon,” katanya.

Beliau berkata Sri Lanka melantik 8,293 ahli majlis ke 341 pihak berkuasa tempatan pada awal tahun ini, manakala Rwanda pertandingkan 15,014 kerusi.

Praba berkata negara-negara ini mengharungi peristiwa hitam dalam sejarah mereka, tetapi tidak pernah menyalahkan pilihan raya tempatan sebagai penyebab sengketa kaum.

“Sebaliknya, mereka menggunakan majlis tempatan untuk mengukuhkan demokrasi,” katanya.

Praba berkata Malaysia perlu meninggalkan budaya takut-takut sebab sebab untuk menolak pemilihan wakil-wakil rakyat, wacana terbuka dan membuat keputusan di peringkat tempatan.

Beliau berkata mereka yang menentang “undi ketiga” adalah penyokong demokrasi autoritarian.

“Mereka suka kalau negeri-negeri bersekutu bergantung kepada kerajaan pusat dalam hal belanjawan dan pertumbuhan, dan kerajaan tempatan kekal bawah kementerian persekutuan dalam hal peruntukan mengurus dan tertakluk kepada kementerian.”

“Mereka mahu semua kuasa terletak pada Kabinet perdana menteri dan ini melemahkan politik dan menghalang suara dan pandangan terbanyak,” katanya.

Praba juga mempersoalkan jaminan DAP bahawa orang Melayu akan menguasai bandar-bandar jika pilihan raya tempatan diadakan.

“Tiada jaminan dalam mana-mana pilihan raya, kecuali pemenang dipilih oleh rakyat dan tidak dilantik oleh pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan peribadi.

“Itu sahaja yang ditentukan menerusi kerajaan tempatan, yang diberi mandat oleh penduduk,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak ada rancangan untuk menghidupkan semula pilihan raya tempatan atas kebimbangan berlakunya konflik kaum.

Merujuk kepada kemungkinan wujudnya perbezaan antara demografi bandar dan luar bandar, beliau berkata, pilihan raya tempatan mungkin akan menghasilkan “keputusan yang salah”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.