
Datuk Seri Noor Azmi Ghazali hari ini tampil di hadapan media untuk menerima kad keahlian PPBM selepas diterima masuk secara sah.
Beliau menyifatkan “penghijrahan” itu sebagai sesuatu yang “besar dan bermakna” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-53 hari ini.
“Tahun ini saya dapat 2B. Bersatu (PPBM) dan ‘Birthday’,” katanya selepas menerima kad keahlian yang disampaikan oleh Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Azmi mengumumkan keluar Umno pada 24 Jun lalu kerana ingin memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Keputusan ini amat penting bagi kesinambungan segala tugasan dan khidmat saya untuk rakyat Bagan Serai,” katanya.
Beliau menyertai PPBM berama 4 senator daripada Umno, iaitu Khairudin Abdul Samad, Aknan Ehtook, Suhaimi Abdullah dan Isa Abdul Hamid.