Buruh terlepas hukuman mati kerana bunuh ketua kerani

Buruh terlepas hukuman mati kerana bunuh ketua kerani

Mahkamah Persekutuan menegaskan D Raju tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri kerana pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Gambar AFP.
PUTRAJAYA:
Seorang buruh selamat daripada hukum gantung hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya dalam kes bunuh ketua kerani estet 5 tahun lalu.

Panel 5 hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim menegaskan hakim kes itu tidak sepatutnya memanggil D Raju untuk menjawab tuduhan disebabkan percanggahan dalam kes pendakwaan.

“Saksi pendakwaan memberi bukti bercanggah dan tidak selamat untuk menjatuhkan hukuman,” katanya.

Raju, 36, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Unni Nesir Ali di Ladang Johor Labis, di Chaah, Johor, antara 9.00 malam hingga tengah malam pada 25 Sept 2013.

Mahkamah Tinggi Muar menjatuhkan hukuman ke atas Raju pada 25 Sept 2016 dan Mahkamah Rayuan mengesahkannya awal tahun ini.

Peguam Mohd Radzi Yatiman, yang dilantik mewakili Raju, berkata 2 saksi pendakwaan memberi waktu berbeza berhubung kejadian tersebut.

Katanya, sampel DNA diambil daripada puntung rokok di tempat kejadian juga menunjukkan mungkin ada orang lain terlibat dalam pembunuhan itu.

“Terdapat perbezaan besar dalam kes pendakwaan untuk mengekalkam hukuman,” katanya.

Bercakap kepada FMT, Radzi yang dibantu Putra Abdul Rahman, berkata beliau terkejut dengan keputusan mahkamah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie untuk memerintahkan Raju membela diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.