Salah guna dana sekolah RM134,000, wanita berdepan 24 pendakwaan

Salah guna dana sekolah RM134,000, wanita berdepan 24 pendakwaan

Juliza Sibat didakwa melakukan CBT di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak antara 14 Julai 2023 hingga 4 Jan 2024.

gavel
Mahkamah Sesyen Kapit benar Juliza Sibat, 33, dibebaskan dengan jaminan RM10,000, dengan pengurusan kes dijadual pada 2 Mac ini. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Pembantu tadbir di sebuah sekolah di Sungai Sut, Balleh, Sarawak, didakwa di Mahkamah Sesyen Kapit atas 24 pertuduhan menyalahgunakan dana sekolah untuk kegunaan peribadi berjumlah RM134,582.20.

Juliza Sibat, 33, didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT) di sekolah itu, antara 14 Julai 2023 hingga 4 Jan 2024.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Musyiri Peet membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000, dengan RM8,000 didepositkan dan dua penjamin tempatan beralamat tetap, lapor Bernama.

Mahkamah menetapkan 2 Mac untuk pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry mengetuai pendakwaan, manakala Juliza tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.