Lebih 400 rumah ranap dibadai puting beliung

Lebih 400 rumah ranap dibadai puting beliung

Sebanyak 7 kampung terjejas di mana Kampung Kajeksan menyaksikan 372 rumah mengalami kerosakan biasa sehingga ada musnah sama sekali

(gambar rumah rosak)
PETALING JAYA:
Sebanyak 465 rumah penduduk di Wilayah Tulangan, Jawa Timur, Indonesia ranap dibadai puting beliung pada Isnin, lapor TribunNews.

Dilaporkan, sebanyak 7 kampung terjejas akibat puting beliuang itu di mana Kampung Kajeksan menyaksikan 372 rumah mengalami kerosakan biasa sehingga ada musnah sama sekali.

Menceritakan kejadian puting beliung itu, seorang penduduk berkata dia berada di dapur ketika angin puting beliung membadai rumahnya, kira-kira jam 2.00 petang waktu tempatan.

Wanita yang dikenali sebagai Simpen itu berkata angin disertai hujan tiba-tiba menerbangkan atap rumahnya menyebabkan dia dan cucunya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), organisasi yang menguruskan bencana alam di Indonesia membuka pusat bantuan di kawasan terjejas untuk memberi bantuan kepada penduduk.

Rumah di Kampung Kajeksan mengalami kerosakan biasa sehingga ada musnah sama sekali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.