Kami bukan gelombang tapi puting beliung, kata calon PN Negeri Sembilan

Kami bukan gelombang tapi puting beliung, kata calon PN Negeri Sembilan

Eddin Syazlee Shith mendakwa sokongan kepada Perikatan Nasional semakin bertambah selepas PRU15 lalu.

KUALA PILAH:
Calon Perikatan Nasional bagi DUN Juasseh, Eddin Syazlee Shith, menjanjikan saingan sengit bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRN enam negeri.

Beliau yang juga ketua Bersatu Kuala Pilah berkata sokongan rakyat kepada PN kini lebih kuat berbanding ketika PRU15. “Di Negeri Sembilan hari itu tak cukup besar. Tetapi saya yakin untuk PRN dia lagi besar gelombangnya,” katanya ketika ditemui FMT di bilik gerakan PN.

Beliau yakin sokongan kepada PN akan membadai Negeri Sembilan jua. “Ini bukan gelombang macam PRU15, tetapi puting beliung.”

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.