Putrajaya akan bentang 2 akta baru lawan rasuah

Putrajaya akan bentang 2 akta baru lawan rasuah

Menteri kewangan berkata, Akta Kebertanggungjawaban Fiskal akan dibentangkan pada 2021 untuk membasmi amalan rasuah dan mengelakkan perbelanjaan tidak terkawal.

Lim Guan Eng berkata, negara akan berdepan hutang besar disebabkan amalan rasuah dan perbelanjaan tidak terkawal.
PETALING JAYA:
Putrajaya akan memperkenalkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021 untuk membasmi amalan rasuah dan mengelakkan perbelanjaan tidak terkawal sehingga menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang besar.

“Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal menjelang 2021 bagi menghalang perbelanjaan tidak terkawal yang mencipta hutang maha besar,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Lim berkata, Akta Perolehan Kerajaan juga akan dibentangkan tahun depan bagi memastikan ketelusan dan saingan terbuka dalam perolehan kerajaan, serta memperkenalkan hukuman terhadap tindakan menyalahgunakan kuasa, kecuaian dan rasuah.

“Pelaksanaan tender terbuka bukan sahaja akan menjimatkan wang pembayar cukai, malah ia juga akan meningkatkan kecekapan dan daya saing sektor swasta.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.