
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata akta baru itu yang lebih holistik dan komprehensif turut merangkumi produk seperti rokok elektronik, vape dan shisha.
“Kami memandang serius perkara ini…namun isu kawalan dan banteras e-cigarettes bukan segalanya oleh Kementerian Kesihatan, ia bidang kuasa Jabatan Kastam,” katanya selepas merasmikan Kongres Persatuan Urologi Asia ke-17 hari ini.
Dr Dzulkefly mengulas kenyataan sebuah firma tembakau yang menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membanteras perdagangan rokok dan vape haram yang menyebabkan kerajaan kerugian kutipan hasil cukai sebanyak RM6 bilion setahun.