
Bayangkan, selepas digaru, kelemumur jatuh berselerak di atas bahu baju sehinggakan setiap kali kita mahu berjumpa seseorang, kita perlu pastikan bahu bersih dari kelumumur selain kulit kepala itu sendiri tidak begitu ketara.
Dasarnya, kelemumur terbentuk dari kulit mati di kepala dan akibat berlebihan rembesan minyak di kulit kepala.
Lazimnya ia juga dipengaruhi faktor lain seperti hormon, diet dan cara kita mengambil kira tahap kebersihan. Demikian antara sebab yang menyukarkan lagi kita memulihkan kulit kepala dari kelemumur.
Menurut laman Boldsky, gula pasir salah satu barangan dapur di rumah yang boleh membantu mencegah kelemumur.
Ia turut berkongsi cara menggunakan gula pasir untuk menghindari kelemumur. Mari kita lihat dan mencubanya. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda bersama kami nanti.
1. Penyental gula
Gula boleh mengehadkan pemprosesan minyak kulit kepala. Jadi gunakan gula sebagai penyental dengan menyertakan sekali minyak zaitun, dan sedikit garam dalam rumusan tersebut.
Sapu bahan tersebut pada kulit kepala dan gosok secara perlahan-lahan secara memutarkan jari jemari. Biarkan selama sejam atau lebih dan bilas.
2. Gula dan lidah buaya
Kulit kepala yang kering juga menjadi penyebab kelemumur sukar dielakkan. Lidah buaya adalah ‘ejen’ penyejuk yang turut membantu mengurangkan kelemumur di kulit.
Ambil bahagian gel lidah buaya, masukkan ke dalam bekas dan tambahkan gula halus. Kacau rata dan gunakannya sebagai sapuan pada kulit kepala. Gosok perlahan dan biarkannya selama 30 minit sebelum dibilas dengan air.
3. Syampu dan gula
Kalau anda terlalu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan penyental gula ataupun sukar mendapatkan lidah buaya, jangan risau. Anda masih boleh menggunakan syampu dan gula untuk membersihkan kulit kepala dari kelemumur. Pada waktu bersyampu, tambahkan sedikit gula dan ramas bersama pada kulit kepala. Lakukan seminggu sekali, anda boleh lihat perbezaannya dalam beberapa minggu sahaja.
Cuba dan kongsi keputusannya dengan kami!