
Bercakap mengenai barisan selebriti wanita utama terkemuka Malaysia, nama Noor Neelofa Mohd Noor and Nur Fazura Sharifuddin pastinya tidak boleh dinafikan.
Kecantikan dan kejelitaan mereka selalu menjadi topik perbualan selain antara sebab sering kali dipilih menjadi duta pelbagai produk serta jenama.
Tetapi tahukah anda mengenai kewujudan seorang selebriti dari Filipina yang diuar-uarkan berwajah kacukan Neelofa dan Fazura kini menjadi sensasi media sosial?
Imej foto Kylie Verzosa, 26 tahun yang merupakan ratu cantik, pelakon dan perunding kesihatan mental dan baru sahaja dinobatkan sebagai Ratu Antarabangsa 2016 dikongsi secara meluas selepas dia mempunyai raut wajah 2 pelakon selebriti popular negara.
Dia menjadi sebutan selepas Twitter rasmi World Health Organization (WHO) berkongsi video Kylie menjadi jurucakap kempen kesedaran masalah kemurungan.

Kylie yang berambut panjang lurus dan raut wajahnya yang tajam disamakan dengan Fazura manakala senyuman dan tahi lalat di pipi pula kelihatan seperti Neelofa.
Kylie yang lahir di Baguio City, pernah bekerja sebagai guru tadika kini menjadi salah seorang ikon fesyen terkemuka Filipina dengan lebih 1.2 juta pengikut di Instagram.