Gempa 6.4 landa selatan Filipina, tiada amaran tsunami

Gempa 6.4 landa selatan Filipina, tiada amaran tsunami

Gempa yang pada mulanya dilaporkan bermagnitud 6.7 itu berlaku pada kedalaman 58.5km, kira-kira 27km di timur bandar Santiago di Mindanao.

USGS melaporkan gempa bermagnitud 6.4 melanda pesisir pantai selatan Filipina. (Gambar USGS)
MANILA:
Gempa bermagnitud 6.4 melanda pesisir pantai selatan Filipina pada Rabu, tetapi tiada amaran tsunami atau laporan segera kerosakan dikeluarkan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang pada mulanya dilaporkan bermagnitud 6.7 itu berlaku pada kedalaman 58.5km, kira-kira 27km di timur bandar Santiago di Mindanao.

Nash Paragas, penyelamat di wilayah timur Davao Oriental memberitahu AFP, tiada laporan segera kemalangan jiwa atau kerosakan.

Timur Mindanao sebelum ini digegarkan dua gempa bermagnitud 7.4 dan 6.7 pada Oktober lalu yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Ia selepas gempa bermagnitud 6.9 yang meragut 76 nyawa dan memusnah atau merosakkan 72,000 rumah di wilayah Cebu di tengah Filipina, menurut statistik kerajaan.

Gempa berlaku hampir setiap hari di Filipina, yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan geologi aktif terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.