
“Adalah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
“Memperkenankan Perlantikan Azhar Azizan@Harun sebagai Pengerusi SPR selaras Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ismail berkata, beliau berharap dengan kelayakan dan pengalaman dimiliki Azhar dapat membantunya menjalankan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari King’s College, Universiti of London.
Beliau memulakan kerjaya guaman pada 1987 dan berkhidmat sebagai peguam pada 1992 dengan beberapa firma guaman.