Awasi petanda awal kerosakan sistem saraf

Awasi petanda awal kerosakan sistem saraf

Kerosakan pada sistem saraf menghalang fungsinya untuk menghantar impuls dari otak ke sistem saraf pusat dan kemudian kepada semua bahagian badan.

Organ-organ badan tidak berfungsi dengan baik sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf. Ini kerana apabila sistem saraf rosak, fungsinya iaitu menghantar impuls dari otak ke sistem saraf pusat dan kemudian kepada semua bahagian badan akan terhalang.

Gangguan ini dikenali sebagai neuropati periferal, atau kerosakan saraf periferal. Pelbagai perkara menjadi sebab kerosakan gangguan sistem saraf, antaranya ialah kecederaan, penyakit autoimun, diabetes, angin ahmar atau kesan sampingan ubat-ubatan.

Menurut laporan portal kesihatan Healthline, gangguan atau kerosakan sistem saraf ini boleh dikesan menerusi beberapa gejala yang muncul sebagai simptom awal kerosakan saraf.

Jika ia tidak dirawat dengan segera masalah ini boleh membawa risiko kekal seperti lumpuh. Mari kita lihat gejala kerosakan saraf periferi dan simptomnya.

1. Sesemut

Ramai orang mengambil masalah sesemut (tingling) sebagai satu perkara yang ringan dan biasa. Tetapi ramai yang tidak sedar, sesemut boleh menjadi salah satu petanda kerosakan saraf periferi. Gejala ini akan menyebabkan seseorang berasa berlakunya denyutan seperti arus elektrik di sekitar tangan dan kaki, terutamanya di jari jemari.
Sesemut yang berlaku untuk tempoh masa pendek tidak perlu dirisaukan namun jika gejala ini berlanjutan berlaku berulang kali, untuk tempoh masa yang panjang, maka segera berjumpa dengan doktor.

2. Sakit rematik

Sensasi rasa terbakar atau kesemutan akan merebak dari bahagian belakang ke kaki. Ia akan menyebabkan rasa sakit di sekitar pinggul. Ia bermakna saraf sciatic iaitu saraf di sekitar tulang belakang ke pelvis tertekan atau mengalami kerosakan.

3. Kesukaran untuk bergerak

Kerosakan saraf juga menghalang aliran darah yang akhirnya menyebabkan tubuh rasa kaku dan sukar untuk bergerak. Kerosakan saraf yang berlaku pada saraf motor pula mengakibatkan kelumpuhan dan gejala ini memberi isyarat anda berdepan masalah yang lebih serius dan perlu ditangani segera.

4. Kelewatan tindak balas otak

Anda rasa lambat bertindak balas? Ia juga memberi indikasi kepada kegagalan sistem saraf. Kerosakan saraf dikatakan memberi kesan kepada otak bertindak balas di mana saraf deria gagal berfungsi dengan baik.
Misalnya anda tidak merasa atau lambat mengesan rasa sakit tangan anda yang terbakar kerana tersentuh api. Dalam kes ini, saraf deria ‘didiamkan’ dan tidak memberi maklumat kepada otak mengenai keadaan tangan yang cedera.

5. Sakit kepala

Usah meremehkan sakit kepala biasa dengan masalah berkaitan sakit saraf. Sakit kepala bersifat umum namun ia juga antara simptom kerosakan sistem saraf. Apabila ia berlaku berulang kali dan untuk tempoh masa yang lama, anda mungkin perlu berjumpa doktor. Ini kerana kesakitan itu mungkin disebabkan oleh cengkeraman saraf di leher.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.