Mat Sabu sedia bantu SPRM siasat pembantunya

Mat Sabu sedia bantu SPRM siasat pembantunya

SPRM sedang menyiasat pembantu politik Mat Sabu atas dakwaan menerima RM800,000 untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang dan dikeluarkan daripada status muflis.

Free Malaysia Today
Mat Sabu berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti.
KUALA LUMPUR:
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika ada kakitangan kementeriannya disiasat kerana terlibat rasuah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan suruhanjaya itu dan kementeriannya juga bersedia memberikan komitmen serta kerjasama penuh kepada SPRM.

“Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada.

“Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini, dalam siasatan terhadap kementerian saya yang diketuai bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang, saya mengalu-alukan SPRM menyiasat sesiapa sahaja di kementerian ini mahupun di pejabat saya.”

Katanya, beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pembantu politik Mat Sabu berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.