
Menteri dalam negeri itu bagaimanapun berkata, sejajar dasar kerajaan mengutamakan tadbir urus baik, pihaknya sedang meneliti keperluan merombak pasukan keselamatan itu untuk dikemukakan kepada perdana menteri.
“Saya memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan sentiasa memastikan setiap kementerian, agensi dan jabatan kerajaan berfungsi dengan penuh tanggungjawab, telus dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, akhbar Straits Times Singapura (ST) memetik sumber melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun antara pegawai kanan yang dijangka dipecat bulan depan dalam usaha Putrajaya “pembersihan” Putrajaya ke atas pasukan itu.
Menurut laporan ST, 3 jabatan “penuh rasuah” juga akan ditutup, iaitu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) serta Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING).
Sumber dipetik akhbar itu berkata, 3 unit itu disasarkan kerana penglibatan mereka dalam “rasuah dan perbuatan melindungi penjenayah yang sepatutnya ditangkap”.