
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan mengenai insiden berkenaan dilengkapkan dan kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya.
“Kita sudah menahan 3 remaja lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang didakwa terlibat dalam video tersebut dan kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Mungkin berlaku salah faham dalam insiden tersebut kerana ada dakwaan wanita tersebut yang berasas dan ada juga dakwaannya kurang tepat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM, pada Khamis.
Fuzi berkata, polis perlu berhati-hati dan bersiap sedia serta memastikan kawalan ketat di setiap balai polis kerana wujud ancaman pengganas merancang melakukan serangan terhadap pasukan polis.
“Kita sedia maklum banyak percubaan penganas untuk melakukan serangan bukan sahaja di balai-balai, tetapi di Bukit Aman sendiri…disebabkan itu, kita mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua formasi, termasuk balai polis dengan pengawalnya perlu menjalankan pemeriksaan ketat, terutamanya pada waktu malam.”
Beliau berkata, balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam, terutama melibatkan kecemasan seperti laporan atau aduan dan pihaknya tidak akan sesekali menafikan hak masyarakat.
“Sebarang kritikan terhadap tugas polis akan diterima secara positif dan dalam hal insiden ini, tiada pihak yang perlu dipersalahkan.”
Dalam kejadian Isnin itu, seorang wanita merakam video selama 6 minit 28 saat mendakwa polis melarangnya masuk ke balai polis itu, selepas diekori sebuah kereta lain yang dinaiki 3 lelaki.
Wanita dakwa polis gagal bantu selepas diganggu ‘pembuli jalanan’