7 ditahan bantu siasatan kes rasuah RM44 juta

7 ditahan bantu siasatan kes rasuah RM44 juta

Mereka ditahan antaranya timbalan pengurus besar berumur 44 tahun, pengarah projek, 55 dan pembantu peribadi wanita kepada timbalan pengurus besar terbabit, 34.

SPRM_MACC_peple_600
PUTRAJAYA: Tujuh individu termasuk 2 pegawai kanan syarikat hartanah direman 5 hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM44 juta.

Majistret Siti Nabilah Abdul Rashid mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap mereka bermula hari ini hingga 10 Feb, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret.

Mereka yang ditahan antaranya timbalan pengurus besar berumur 44 tahun, pengarah projek, 55 dan pembantu peribadi wanita kepada timbalan pengurus besar terbabit, 34.

Mereka bertiga ditahan di SPRM Johor semalam.

Empat lagi individu direman difahamkan adalah kontraktor, dipercayai dapat membantu siasatan kes yang berlaku antara tahun 2013 dan 2017.

Keempat-empat individu itu masing-masing ditahan antara pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari semalam di SPRM Shah Alam, Klang dan Melaka.

Laporan media menyebut kedua-dua pegawai kanan itu ditahan untuk membantu siasatan penyalahgunaan kuasa meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor terlibat dengan kerja penyelenggaraan landskap syarikat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.