
Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Julia Aso, 31, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan terhadap anggota polis itu dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan itu.
Kesalahan itu dilakukan di bilik sewa wanita tersebut di sebuah unit di Pangsapuri Sri Penara, Jalan Permaisuri 1, Cheras, pada 11.30 malam, 25 Disember lalu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 1 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Difahamkan, tertuduh menawarkan khidmat seks melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan beroperasi di bilik sewanya di pangsapuri tersebut.