Pemetik api menyerupai bom tangan, lelaki ditahan

Pemetik api menyerupai bom tangan, lelaki ditahan

Suspek yang bekerja di Johor Bahru itu ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggangnya.

lighter_bom_polis_600
MIRI:
Polis menahan lelaki 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan pada 8.20 malam di Lapangan Terbang Miri pada Selasa lepas.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek yang bekerja di Johor Bahru ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggang suspek.

“Polis Bantuan yang melakukan pemeriksaan mengarahkan suspek membuka beg itu dan mendapati satu objek menyerupai bom tangan. Apabila ditanya, suspek menjawab ia adalah pemetik api,” katanya pada sidang media hari ini.

Lim berkata ketika ditahan, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hendak menaiki penerbangan ke Johor Bahru dari Miri, mendakwa pemetik api tersebut dibeli di Johor Bahru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.